Fakta tentang "Rejected Perfume"


Apa itu Rejected Perfume?
Untuk pengetahuan semua, rejected perfume adalah sama seperti original perfume seperti yang berada di pasaran. Dan selalunya, rejected perfume akan didatangkan tanpa kotak. FYI, semua perfume yang dikilangkan dari luar negara dibawa masuk tanpa kotak termasuklah non-rejected perfume. Perfume akan di reject atas beberapa faktor.

1. Factory reject – Adalah sangat MUSTAHIL bagi sesebuah kilang untuk mengeluarkan produk yang dihasilkan tanpa sebarang reject. Kebanyakan kilang hanya berjaya mencapai output setiap pengeluaran sebanyak 99.8% daripada keseluruhan produk yang dihasilkan dan selebihnya akan di reject. Kita ambil sampel mudah, bagi setiap 1000 perfume yang dihasilkan, 99.8% (998 botol) daripadanya akan berjaya dikeluarkan tanpa sebarang defect. Selebihnya 0.2% (2 botol) akan menjadi reject unit. Kenapa perlu reject? Setiap pelanggan mahukan produk yang dibeli sempurna bukan? So, disebabkan ini pengeluar akan memastikan agar kesemua kriteria-kriteria yang ditetapkan. Kebanyakan perfume rejected dari kilang disebabkan oleh tulisan pada botol yang pudar, kesan calar pada botol, penutup longgar dll lagi. Walaubagaimanapun, bau dan kualitinya tetap sama seperti perfume-perfume lain.

2. After shipping reject – Reject di dalam kategori ini merupakan common reject untuk semua produk. Mostly reject ini hanya berkaitan dengan packaging sahaja (means kotak lah) dan tidak melibatkan botol, penutup dll seperti factory reject. Pelanggan tidak akan memandang remeh akan perkara ini even kotak packaging pun akan diambil kira. So, perfume-perfume ini akan dipulangkan ke gudang and that’s why lah most of trejected perfume yang dijual di sini tidak disertakan sekali bersama kotak.

3. Expiry – Seperti produk-produk makanan, perfume juga tidak lari dari expiry date. Tetapi expiry date bagi perfume tidaklah sama seperti roti yang akan tumbuh kulat sekiranya telah tiba expiry date. Yang dimaksudkan di sini adalah, misal kata 1 batch perfume yang dihasilkan hendaklah dijual dalam tempoh 8 bulan. Sekiranya dalam tempoh ini, tiada sebarang jualan, stok-stok sedia ada akan dipulangkan ke gudang di mana perfume-perfume ini diambil. REMINDER: Bukan bermakna perfume akan expired selepas 8 bulan. Kalau tak, memang tak laku lah perfume kat kedai-kedai tu.

Kesimpulan
Rejected perfume remains original perfume. “REJECTS ARE NOT FAKE!”. They are also original but the quality is lower. Quality here doesn’t mean perfume quality, but only affected the bottles or boxes.